Sunday, February 22, 2009

ajie: gud luck 4 all classmate... semoga kalian dipermudahkanNYA..

Saturday, February 21, 2009


4 bro's...

Friday, February 20, 2009

ajie : salam.. suke aku nk kongsi atas satu pernyataan berkenaan perkara di Perak.. bukan niat utk memanaskan blog nie... just utk kite pikirkan bsame.. yang baik kite ambil.. yang tau kite sampaikan.. not prejudis just thinkin
sila klik DISINI utk bacaan....

Saturday, February 14, 2009

panas lg panas...!!!

Memories on so called Graduation Day

The days go by so fast as we get close to the end.
The years have been long and hard my friend.

Freshman year was a confusing time, you know.
Everyone trying to find themselves like a unique flake in the rain
By Sophomore year we had found our place.
Whether it was with so many people or in a confined space.
Of all the friends I?ve met in these years,
Only a select few will hold me dear.
Ill remember the parties of our Junior year.'
I promised myself on this day I wouldn?t shed a tear.
I see our school colors as I look around.
I cant believe I'm here in my cap and my gown.'
They call my name and my heart starts to beat.
What if I stumble or trip over my feet?
Thanks to my parents who pushed me to get here.
And to all of my teachers whom I will always hold dear.
This is the end my friend our school years are done.
Remember me always and remember the fun.


ajie : tq cim, kene bukak dictionary gak nie... tersentuh jiwe rage... ahakz

Friday, February 13, 2009

Sebhgian cetusan dari kamilahNUr:

Bertemakan “Seharum Setanggi Syurga..Ukhwah Fillah Abadan Abadaa” Sekalung tahniah dan penghargaan ditujukan kepada keempat-empat hero kita merangkap sebagai peneraju utama program ini kerana telah mencipta nostalgia yang cukup indah buat kita semua. Ianya akan terus tersemat di hati sanubari dan saya percaya semua peserta yang mengikuti program ini turut merasainya selagi hayat dikandung badan…satu program yang saya kira cukup berjaya meninggalkan seribu satu kenangan manis dan indah buat semua rakan seperjuangan...masih lagi terbayang-bayang di mata melihat gelagat teman-teman seperjuangan yang mencuit hati..terngiang-ngiang di telinga dengan gelak ketawa yang riang..susah dan senang, serta suka dan duka telah kita harungi bersama-sama sepanjang 3 hari 2 malam kita berada di sana..
Untuk bacaan selanjutnya klik Cetusan kamilahNur

ajie: tq kamilahNur attach file utk dkongsi bsama.. harap kalian semua dpt mengahyatinya bsame.. Aku mcm tau je buku nama2 anak manja tu... eeeee



Friday, January 2, 2009


Cabaran mahasiswa menghadapi dunia masa hadapan


Apabila diungkap perkataan mahasiswa terbayang di kotak fikiran ialah orang cerdik pandai dan berpengetahuan tinggi. Golongan ini amat disanjung tinggi oleh masyarakat kerana ilmu yang dimiliki. Namum begitu, tanggapan sebegitu hanya boleh diguna pakai pada awal tahun 80’an hingga 90’an. Zamam melenium menyaksikan bahawa makna mahasiswa itu tersebut tidak mampu lagi digalas oleh mereka yang bergelar mahasiswa. Perkataan mahasiswa itu sendiri menggambarkan atau membawa maksud yang begitu tinggi.

baca selanjutnya: klik sini


tq anip hantar article utk dkongsi bsama...
p/s : sorila aku lmbt publish, lame tak bukak internet.. tq tq tq

Monday, December 29, 2008

salam maal hijrah.. lets jihad

290 penduduk Palestin maut serangan Israel

GAZA - Tentera Israel memusnahkan kompleks keselamatan utama Hamas di Gaza dalam satu serangan udara semalam selepas menyerangnya buat kali pertama kelmarin. Dalam kedua-dua serangan itu, sebanyak 290 penduduk Palestin maut di mana rejim Zionis menyatakan ia bertindak setelah berlakunya serangan roket hampir setiap hari dari Gaza. Jumlah kematian itu dianggap sebagai antara yang terburuk dalam pencerobohan Israel ke atas Palestin sejak 60 tahun lalu.
Menurut Perkhidmatan Kecemasan Palestin, pejuang-pejuang Palestin turut melancarkan 80 serangan roket ke wilayah Israel. Salah satu roket itu mengenai lokasi dekat Ashdod, sebuah pelabuhan yang terletak 30 kilometer dari Gaza tetapi tidak menyebabkan kematian. Sejumlah kereta kebal ditempatkan di pinggir Genting Gaza dijangka bakal memasuki kawasan penduduk Palestin yang didiami oleh 1.5 juta orang. Menurut seorang pegawai kerajaan, Kabinet Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert meluluskan arahan untuk memanggil 6,500 anggota simpanan. "Israel akan meneruskan (kempen serangan) sehingga kami mendapati tahap keselamatan baru di bahagian selatan apabila penduduk tidak lagi tinggal dalam keganasan dan ketakutan akibat serangan roket," kata seorang jurucakap Olmert, Mark Regev.
Sementara itu, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum mendesak kumpulan-kumpulan pejuang Palestin untuk menggunakan semua cara termasuk operasi mati syahid iaitu penggunaan kaedah pengebom berani mati di Israel bagi tujuan melindungi penduduk Palestin.
Sumber : Kosmo 29.12.08
 
0hdmswv6j9nt63r7s61.jpg